Ciri Treeing Walker coonhound

Treeing Walker coonhound yang bercawak

Treeing Walker Coonhound mungkin memberikan gambaran anjing pekerja. Menurut piawaian UKC, ia mungkin berdiri setinggi 20–27 inci (51–69 cm) pada kebalighan dengan berat berperkadaran.[3] Julat berat lazim ialah 50–70 paun (23–32 kg) dengan jantan yang lebih besar daripada betina.[6][7]

Tengkoraknya patut lebar dengan muncung panjang dan telinga panjang tergantung. Matanya gelap dan mempunyai ekspresi lembut. Keempat-empat tungkai patut lurus apabila dilihat dari arah hadapan atau dari arah belakang, dengan kaki padat mirip kucing. Dalam pertunjukan pengakuran, kebutaan atau kepekakan ialah syarat penyingkiran.[3] Lapis bulu licinnya halus dan licau dan terdapat dalam corak triwarna dan dwiwarna. Triwarna, iaitu putih dengan tanda-tanda hitam dan sawo matang, diutamakan, walaupun anjing dwiwarna, iaitu hitam dan putih atau sawo matang dan putih, dapat diterima.[3]

Treeing Walker coonhound mempunyai lolongan jelas semasa menjejak, yang patut berubah kepada "cop" tersendiri apabila ber-treeing. Perangainya patut baik hari tetapi tidak takut dan berani dalam perburuan.[3][8] Treeing Walker coonhound dibiakbakakan terutamanya untuk mulut, rupa, dan keupayaan. Ia pertama-tama merupakan anjing pemburu,[9] walaupun ia boleh dibela sebagai anjing peliharaan. Ia diperihalkan sebagai anjing yang penyayang dan baik dengan kanak-kanak, tetapi tenaganya memerlukan saluran keluar dan ia mesti dilatih.[10] Treeing Walker coonhound hidup selama purata tempoh 12 hingga 13 tahun.[7]

Perangai

Treeing Walker coonhound adalah penyayang, cerdas, yakin, dan suka berinteraksi dengan manusia. Ia merupakan anjing pendamping bagus untuk pemilik yang memahami ciri-ciri baka ini dan sanggup bekerja dengan sifat baka ini sebagai anjing pemburu. Mengenai bau, ia tidak kenal lelah, berjaga-jaga, dan sengit. Di rumah, ia adalah pencinta keselesaan yang lembut dan sensitif.

Treeing Walker coonhound bergaul dengan baik dengan anjing lain dan dengan kanak-kanak. Seperti kebanyakan hound, ia berperangai sekata dan sukar untuk dijengkelkan atau didorong ke arah agresi terhadap orang atau anjing lain. Dengan pelatihan, ia dapat hidup bersama dengan haiwan kecil seperti kucing, walaupun terdapat sifat sebagai pemburu buruan haiwan kecil.[perlu rujukan]

Seekor treeing Walker coonhound yang menunjukkan tingkah laku "treeing" (anjing yang digambarkan berpakaian untuk berjalan, bukan berburu)

Rujukan

WikiPedia: Treeing Walker coonhound http://www.treed.tv/ https://www.appalachianhistory.net/2018/11/maupins... https://web.archive.org/web/20070925142522/http://... https://web.archive.org/web/20190101192201/http://... https://ckcusa.com/breeds/treeing-walker-coonhound... http://www.akc.org/dog-breeds/treeing-walker-coonh... https://books.google.com/books?id=lWi4CgAAQBAJ&q=t... https://web.archive.org/web/20160730104122/http://... http://www.ukcdogs.com/Web.nsf/Breeds/Scenthound/T... http://newsfeed.time.com/2012/01/25/welcome-to-the...